Arkib Blog

Sabtu, 20 Julai 2013

cara jahit baju "sundress"kanak kanak ..simple sangat.






hi,im back...
semalam akak janji nak post cara jahit 'sundress' kanak2 yang simple sangat.kalau yang cekap jahit,boleh siap tak sampai sejam pun.akak pasti semua rumah ada gunting benang dan mesin jahit,kan..jadi sediakan kain dalam satu ela je bidang 45''dan benang getah atau 'shirring thread'...
kain di lipat 2,ya.
1. ukuran badan,dari bawah ketiak kiri ke kanan x 3,eg:10x3+30".....tanda kat kain
 2. ukur labuh di kehendaki +hem(lipatan bawah kain)..akak tambah 2'' je......tandakan kat kain jugak
3 .potong kain ikut ukuran tadi.tak payah basi.
4.jahit biasa bahagian atas dan bawah..akak jahit 1/2'' atas dan 2'' bawah.
5.set mesin pada jahitan paling besar,mesin akak sampai no.5 je.
6.set tension  longgar
7.gulung getah pd bobin dengan tangan jangan terlalu ketat.
8.mula jahit kedut dari 1.5''dari atas tadi sebanyak 5 baris atau
 suka hati,bila selesai terus cantum kiri kanan ,jahit biasa ya.
9..buat straps dengan piping senang je..potong 4 keping piping panjang 12'' dan lipat dua dan jahit....jahit kat tanda 1.5'' tadi.
10.DAH SIAP...boleh bagi adik ke,anak saudara ke pakai...selamat mencuba.

ok lah nak gi pasar ni,nanti dalam blog yang lain akan antar resipi pulak...akak  baru jumpa buku resepi
arwah nenek dalam tulisan jawi.nasib baik kat sekolah dulu ada belajar tulisan jawi..hehehe

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan