Arkib Blog

Jumaat, 26 Julai 2013

Lagu lama untuk semua kawan kawan bloggers...dengar sampai abis ya.

Princess Diana a very sad story...

hi semua,
hari ini saya(akak)sangat terpegun dan macam tak percaya..ceritanya begini,semalam akak tenguk  cerita benar tentang Princess Diana..tak sedar mengalir ayer mata akak.rupa2nya prince charles ni bolih tahan jugak.3 perempuan mencintai lelaki yang sama...mmm lelaki,lelaki..ah biarkan lah si luncai terjun dengan labu2nya..mari kita cerita tentang masakan pulak.hari ini akak ada satu resepi dari jiran di Wembley,england dulu.kalau akak dah pandai masukkan photo,bolih akak poskan tapi tengah balajar ni.Akak bangga dengan anak2 malaysia sekarang..bolih di katakan semua pandai IT dan ada computer sendiri...ZAMAN KAMI DULU TAK DE...jadi,bersyukur lah....
ok,selepas subuh,kita sambung lagi.......alhamdulilah,
resepi nya,

                 PEANUT BUTTER STEW
Bahan,
4 ketul peha ayam(bolih campur daging dan ikan salai  jugak)
1 1/2 maggie cube perasa ayam
1 biji bawang holland..
3 biji bawang putih
2 sudu besar cili tumbuk(bolih tambah cili padi kalau suka pedas)
1 tin tomata biji  Atau
3 biji tomato masak di cincang halus
1 botol kecil peanut butter..(campurkan dengan ayer panas dan sebatikan)
 beberapa helai cilantro

cara:
1.dalam periuk rebus daging,bawang2 dan cili padi dalam 15 minit keluarkan bawang2 dan cili tadi,
   tetapi terus rebus daging sampai empuk.
2.blend cili,bawang2 tadi bersama peanut butter yang sudah di campur ayer panas tadi.
3.dalam periuk masuk semua bahan di blend tadi dan masak dengan api sederhana,KACAU SELALU ya.
4.masukkan daging yang sudah empuk tadi,masak dan kacau selama 15 minit hingga mendidih.(kalau nak
  masukkan ikan salai ini lah masanya)
5.masukkan cube dan tomoto tadi..kacau lagi hingga pecah
minyak(minyak dari peanut butter)
6.masukkan beberapa daun ketumbar(cilantro)

SELAMAT MENCUBA






Selasa, 23 Julai 2013

hi,im back.
mmmm...hari ni ada resepi paling simple.favorite arwah nenek akak,kerana akak di besarkan nenek, jadi,apa yang nenek masak itu lah yang kami berdua makan.
ok,adik gi pasar cari daun labu yang muda.ubi kayu,santan..yang lain mesti dah ada kat umah kan,kan.
ubi kayu di rebus sampai empuk,daun labu di siang dan di ramas2 untuk lembut,sedikit ikan bilis di tumbuk
bersama bawang merah.masuk semua bahan dalam periuk dan masak le tapi jaga santan tu  jangan sampai 
naik minyak..last masuk daun kunyit yang di simpul2,rasa cukup garam gula nya.campakkan 3,4 biji cili padi bila nk dekat masak .SIAPPP..rasanya orang yang sebaya dengan saya tentu pernah makan lauk 'old time'ni ya.makan dengan nasi putih,sambal tumis dan ikan sepat masin di goring garing2 ...perfect for sahur jugak.selamat mencuba.nanti kita jumpa lagi next blog ya.mmmm akak nak pos gambar 'shirring sundress',tapi belum pandai masukkan gambar,insyaallah,lain kali ya.jumpa di blog akan datang.bye kawan2 di google+,facebook,bloggers.etc,etc.

Sabtu, 20 Julai 2013

cara jahit baju "sundress"kanak kanak ..simple sangat.






hi,im back...
semalam akak janji nak post cara jahit 'sundress' kanak2 yang simple sangat.kalau yang cekap jahit,boleh siap tak sampai sejam pun.akak pasti semua rumah ada gunting benang dan mesin jahit,kan..jadi sediakan kain dalam satu ela je bidang 45''dan benang getah atau 'shirring thread'...
kain di lipat 2,ya.
1. ukuran badan,dari bawah ketiak kiri ke kanan x 3,eg:10x3+30".....tanda kat kain
 2. ukur labuh di kehendaki +hem(lipatan bawah kain)..akak tambah 2'' je......tandakan kat kain jugak
3 .potong kain ikut ukuran tadi.tak payah basi.
4.jahit biasa bahagian atas dan bawah..akak jahit 1/2'' atas dan 2'' bawah.
5.set mesin pada jahitan paling besar,mesin akak sampai no.5 je.
6.set tension  longgar
7.gulung getah pd bobin dengan tangan jangan terlalu ketat.
8.mula jahit kedut dari 1.5''dari atas tadi sebanyak 5 baris atau
 suka hati,bila selesai terus cantum kiri kanan ,jahit biasa ya.
9..buat straps dengan piping senang je..potong 4 keping piping panjang 12'' dan lipat dua dan jahit....jahit kat tanda 1.5'' tadi.
10.DAH SIAP...boleh bagi adik ke,anak saudara ke pakai...selamat mencuba.

ok lah nak gi pasar ni,nanti dalam blog yang lain akan antar resipi pulak...akak  baru jumpa buku resepi
arwah nenek dalam tulisan jawi.nasib baik kat sekolah dulu ada belajar tulisan jawi..hehehe

























simple and easy shirring sundress.

hi,hari ni tak dapat tulis banyak tapi esuk akak nak ajar cara jahit 'sundress'untuk kanak2..it'so easy and simple.sediakan je kain semeter ya.selamat berbuka puasa and jumpa lagi kat blog akak.

Rabu, 17 Julai 2013

My children are my life,my love,my world...suka masakan yang simple...i am a simple person.

hahaha akhirnya berjaya jugak buat blog sendiri....dah.pandai jugak buka google,utube..sebenarnya akak perlu belajar lagi.bayangkan lah dari tahun lepas cuba nak jadi blogger macam adik adik ni le,baru hari ni berjaya.....hah,ambik kau....kita kena sabar dan sentiasa berdoa agar allah bagi petunjuk,betul kan.ok,akak ni ada banyak nak post resipi tapi tak sempat hari ni.nanti di lain masa akak postkan ya.c u all in my blogg.